Wednesday, December 8, 2010

Suasana

Ketika suasana perit mentari
Sedut mendung datang ke mari
Membasahi kulit bumi

Ketika suasana gerimis
Mula datang rasa kemarahan
Tika kelembapan masih tersidai diempayan

Bila perasaan kawal minda
Mulut bagai mainan boneka
Pelbagai perisa dalam bahasa

Dalam keadaan berbeza
Tiada fikiran hanyalah perasaan
Rahmat yang berharga tidaj dihiraukan
Pabila gerimis makin mendung
Membawa diri sehingga penghujung

Ujian demi ujian
Pujukan demi pujukan
Setelah sedar dalam kesusahan

Segala yang berlaku ada tujuannya
Demi jiran sedunia dengan kita
Apa-apa yang berlaku sentiasa redha
Diatas ujian halangan dari-Nya

2 comments:

  1. Waduh-waduh... Sendiri bikin ke?

    ReplyDelete
  2. izham zainul: yes bikin sendiri semua lam blog ni bikin sendiri...

    ReplyDelete