Tidak akan berhenti
Sudah niat dihati
Hanya mampu berhenti
Nyawa tinggal dari diri ini
Tak berhenti berharap
Tak bosan mengucap
Diri kalis maki
Pertahan maruah diri
Hilangkan rasa benci itu
Kerana ini lumrah hidupku
Perasaanku
Perasaanmu
Walaupun berlainan luaran
Dalaman tiada bezanya
Satu kaum satu agama
Satu perasaan
Perasaan cinta
Kau hawa yang istimewa
Biar masa singkat pada awal pengenalan
Hendak panjang jodoh sehingga tiada nyawa
Benar kata mereka kerna aku nakal
Namun bukan seorang yang jahil
Bak kata si dia aku tegejal
Jangan jadikan topik itu sebagai alasan
Kerna orang ketiga mula berjauhan
Inilah sayang, satu ikatan
Ada manis pahit dalam sesuatu keadaan
Perasaanku
Perasaanmu
Jika kita sama sebulu
Sama buku
Mari gading bahu
Bina keindahan yang baharu
No comments:
Post a Comment