Wednesday, December 15, 2010

Janji-Janji

Bermula melihat jarum jam radik
Mata-mata rasa kehairanan
Berjalan kehulir kehilir
Buat tak tahu buat hal sendirian

Si dia yang dinanti
Jejaknya tempat baru hingga kini
Sebarang teguran tak didengari
Dapat pesanan "baby, i am sorry"


Istirehat sebelum penat
Komukasi sebelum basah diri
Ngeteh sebelum berangin
Beriman sebelum naik angin

Manusia bukannya alam maya
Yang ada notisnya
Masih belum lagi ke hadapan
Tiada perubahan lalu putus harapan

Setiap janji-janji perlu ditunaikan
Bukan hanya dengan sekali nafas
Kata-kata bagai oxygen diudara
Mereka senang lupa


Istirehat sebelum penat
Komukasi sebelum basah diri
Ngeteh sebelum berangin
Beriman sebelum naik angin

Manusia bukannya alam maya
Yang ada notisnya
Masih belum lagi ke hadapan
Tiada perubahan lalu putus harapan


Janji umpama wang kertas
Nilainya muka mahal dari kulitnya
Janji pelbagai benda
Seperti anda tahu segalanya

Maut sakit jodoh rezeki
Tiada siapa yang tahu bila terjadi
Jangan berjanji pelbagai-bagai
Jangan sampai ada tergadai

No comments:

Post a Comment