Dirimu
Bagai sebutir permata
Muncul dalam pecahan kaca
Walaupun
Tidak dapat bermanja
Kau dalam kaca media
Secukup rasa
Janjiku senyum lebar
Dengan apa yang dipancar
Oh ..
Sehalus lambaian rambutmu
Mampu buat diri terpaku
Dengan sinaran lensa
Menyinari anak mata
Sungguh mempersona
Wajah pelbagai watak drama
Dengan sejuta perasaan
Hanya satu senyuman dimuka
Membuatku rasa berkobar
Namun
Pada diriku
Diriku adalah siapa?
Antara kita
Sejauh antara dua benua
Oh ..
Maafkan diriku
Hanya selalu m'ganggu
Walaupun tidak bersatu
Ku ingin kau tahu
Seikhlas bahasa
Bukan sekadar udara
Semua yang dinyata
Sangat bermakna
* khas untuk seorang gadis yang tidak kenal siapa diri saya
kepada "U.N."
No comments:
Post a Comment