Friday, December 17, 2010

PERANG

Hikayat harian manusia
Ingin dikongsi bersama
Sama-sama merasa
Sama-sama untuk bersama

Kisah tentang peperangan
Ingin aku ungkapkan
Perang sama sekata dengan kegilaan
Perang dalam pelbagai dugaan

Perang dunia
Perang rindu
Perang kerjaya
Perang kuasa

Mangsa yang tidak berkenaan
Telah tinggalkan kita dari dunia peperangan
Ini semua tanpa kawalan
Dari kumpulan sang belang

Masalah dari tekanan individu
Yang memerlukan sedikit bayu
Mula sedar jarak berbatu-batu
Melawan rindu dengan sesuci sejadah biru

Pabila kenang zaman belasan
Sahabat taman berkongsi permainan
Pejabat kini mencari kemenangan
Walaupun sepejuang menjadi taruhan

Bila mereka mula bertopeng ceria
Pemberian bunga seribu makna
Bila kuasa berkuasa diminda
Gila kuasa gila nama gila kemudiannya

Seharusnya kita perang dengan perkara ghaib dimata
Tingkat iman seerti dengan kuat tenaga
Perang dengan aman akhir akan tenang
Kalah menjadi pengajaran menang jadi ganjaran

No comments:

Post a Comment