Wednesday, December 22, 2010

Kau Yang Utama

Kau yang utama
Bagai seharum bunga
Yang mekar di dalam jiwa


Terasa diri si duri mawar
Serimu sebagai penawar
Kesucian mula terpancar


Oh gadis pilihan
Dikau mempesonakan
Sebeku hati ini
Telah cair mengalir pergi
Sekian lama tidak berkobar
Melihat dikau yang istimewa


Rupamu berbeza dikalangan kaum hawa
Personaliti megah lagi bergaya
Hanya kamu sahaja
Yang jadi utama


Oh kau yang utama
Selalu diminda
Si adam dan si hawa
Mungkin tetap bersama


Kau hilang dalam khayalan
Ku sedar selama ini hanya bersama bayangan
Bayangan mesra menjadi impian
Impian untuk bertemu si pujaan


Doa sebagai perisai ketabahan
Sabar dengan penuh keimanan
Redha segala ketentuan
Walaupun pujaan hati
Bukan untuk ku dimiliki

No comments:

Post a Comment