Monday, October 4, 2010

AKU BENCI KAMU

Ini kisah yang selalu berlaku
kau aku dia selalu
bergurau setiap waktu
Makan minum kadang sama suku
berkongsi cerita satu persatu
tidak kira masa kita bersama selalu

Aku benci kamu

Tika mentari pagi setenang angin bayu
tiba-tiba datangnya ribut batu
yang hentam aku satu persatu
Tiba-tiba saja kau regang bersamaku
hey kamu mengapa boleh jadi begitu
mulut boleh bicara sila beritahu

Aku benci kamu

Wahai kamu orang ketiga
mengapa kamu suka m'buat cerita
nak jadi seorang yang p'dusta
Tolong jangan putuskan ikatan mesra
tidak perlu hakim & saksi
jika ada masalah boleh dibicarai

Perkara ini sudah biasa
berlaku diantara manusia-manusia
Ada saja yang tidak senang mata
melihat orang tersenyum ketawa bergembira
Apa yang kamu dapat m'buat cerita
duit, kemenangan, kawan ataupun piala

Hidup berbujang lebih selesa
daripada kehilangan insan istimewa
Golongan ini termasuk kamu jua
kawan-kawan & kaum keluarga
Sama gembira sama ketawa
sakit sedih dapat kongsi rasa tidak kira masa

Aku benci kamu

Penat mencari yang boleh dipercaya
banyak perkara kita lalui bersama
kau tolong aku, aku tolong bersama
Kawan kini ku tahu kau bermuka-muka
belakangku kamu mahu perang
menjadi bidadari didepan kaca mata

Aku benci kamu

No comments:

Post a Comment