Hey engkau disana
Ku mahu kau bersama sentiasa
Poket tidak kaya dengan jutaan harga
Mampu beri sejuta senyuman bak mutiara
Ku mahu kau berkhidmat dengan ku
Kau menjadi pilihan dihati & jiwaku
Kau akan menjadi seorang pemandu
Diriku tertanya sudikah engkau?
Bukan untuk berhijrah seribu batu
Tapi untuk sempurnakan hidupku
Menjadi pemandu bukan hendak m'hina
Bukan melalui kenderaan beroda
Kau pandu lah ku ke jalan yang benar
Supaya dapat melihat keindahan bak bunga mawar
Kini baru ku sedari
Pabila engkau menjelmakan diri
Dirimu telah menarik diri ini
Niatku dengan hati yang suci
Ku mahu kau berkhidmat dengan ku
Kau menjadi pilihan dihati & jiwaku
Kau akan menjadi seorang pemandu
Hati tertanya sudikah kamu?
Bukan untuk berhijrah seribu batu
Tapi untuk sempurnakan hidupku
Dalam perjalanan hidup ini
Pelbagai halangan perlu diharungi
Pelbagai amaran perlu kita awasi
Ku perlu engkau bersama disisi
Ada yang lurus ada yang berliku
Ada yang rata ada yang berbatu
Destinasi yang dituju cuma lah satu
Dari sini hingga ke tempat yang baru
Wahai hawa wahai pria
Sudikah kamu dengan hati terbuka
M'jadi pemandu tidak kira masa
Supaya berjaya ke destinasinya
Walaupun dengan pelbagai hala
Engkau tetap setia bersama
Jasa kau amat berharga seperti intan berlian
Ku mampu lakar semanis senyuman
Bersyukur dengan semua keikhlasan
Untuk melalui jalan seharian
Engkau lah pemandu ku.
(^_^)
No comments:
Post a Comment