Wednesday, October 20, 2010

PENCINTA

cerita tentang cinta
cinta terhadap sesuatu yang berharga
tidak kira dimana aku berada
tidak kira nilai bangsa mahupun usia

keadaan ku pelbagai rupa
sifat ku ibarat sejuta warna
tidak terkira pada suatu masa
aku penting untuk semua warga
tiada pangkat menjadi ukuran
aku terima kamu dengan hati terbuka

aku adalah pen cinta
pen yg penuh dengan jasa
dari kecil sehingga berjaya
tak tertinggal walaupun seketika
ku kenal kau sewaktu ilmu bermula
sehingga berpangkat tinggi kamu didada

rupa paras biasa
kegunaan yang sangat berharga
khas untuk yang berkerjaya
penting untuk sang karya

para muzik para penulis
para usahawan para puitis
walaupun aku diguna untuk menulis
ayat formal mahupun ayat romantis

walaupun zaman makin berubah
berteknologi sini mahupun disana
asal usul ku tetap tidak berubah
kehadiranku seperti tidak dilupa


keadaan ku pelbagai rupa
sifat ku ibarat sejuta warna
tidak terkira pada suatu masa
aku penting untuk semua warga
tiada pangkat menjadi ukuran
aku terima kamu dengan hati terbuka

aku adalah pen cinta
pen yg penuh dengan jasa
dari kecil sehingga berjaya
tak tertinggal walaupun seketika
ku kenal kau sewaktu ilmu bermula
sehingga berpangkat tinggi kamu didada

walaupun sekecil nama
aku berada dikedai kecil mahupun pasaraya
pelbagai jenama dan warna
diri ku sehebat dunia

tanpamu susah bekerjaya
aku cinta kamu tidak kira masa
tanpa mu ku resah gelisah
aku akan cari walaupun parah

oh pen ku perlu kau sentiasa
untuk memenuhi ilmu didada
kau sangat berjasa
kepada aku kau dia mereka dan semua

kami pencinta~

No comments:

Post a Comment