Friday, October 8, 2010

Pemandu Ku

Hey engkau disana
Ku mahu kau bersama sentiasa
Poket tidak kaya dengan jutaan harga
Mampu beri sejuta senyuman bak mutiara

Ku mahu kau berkhidmat dengan ku
Kau menjadi pilihan dihati & jiwaku
Kau akan menjadi seorang pemandu
Diriku tertanya sudikah engkau?
Bukan untuk berhijrah seribu batu
Tapi untuk sempurnakan hidupku

Menjadi pemandu bukan hendak m'hina
Bukan melalui kenderaan beroda
Kau pandu lah ku ke jalan yang benar
Supaya dapat melihat keindahan bak bunga mawar

Kini baru ku sedari
Pabila engkau menjelmakan diri
Dirimu telah menarik diri ini
Niatku dengan hati yang suci


Ku mahu kau berkhidmat dengan ku
Kau menjadi pilihan dihati & jiwaku
Kau akan menjadi seorang pemandu
Hati tertanya sudikah kamu?
Bukan untuk berhijrah seribu batu
Tapi untuk sempurnakan hidupku

Dalam perjalanan hidup ini
Pelbagai halangan perlu diharungi
Pelbagai amaran perlu kita awasi
Ku perlu engkau bersama disisi

Ada yang lurus ada yang berliku
Ada yang rata ada yang berbatu
Destinasi yang dituju cuma lah satu
Dari sini hingga ke tempat yang baru

Wahai hawa wahai pria
Sudikah kamu dengan hati terbuka
M'jadi pemandu tidak kira masa
Supaya berjaya ke destinasinya
Walaupun dengan pelbagai hala
Engkau tetap setia bersama

Jasa kau amat berharga seperti intan berlian
Ku mampu lakar semanis senyuman
Bersyukur dengan semua keikhlasan
Untuk melalui jalan seharian

Engkau lah pemandu ku.

(^_^)

Tuesday, October 5, 2010

Tentang Sang Cinta

Kau melakar kegembiraan
Kau melakar kemurungan
Kau m'buat mata bersinar
Kau m'buat air mata mengalir

Adakalanya sama-sama gembira
Selalunya m'buat kita kecewa
Inilah cerita
Tentang cinta
Yang biasa didengari telinga
Yang sering dibual bicara

Sang cinta boleh bahagia
Sang cinta boleh derita
Tidak kira zaman & usia
Cinta tetap cinta

Cinta yang suci
Panjang jodoh & diberkati
Kalau cinta dihujung jari
Apa yang berlalu tak dapat diperbaiki

Tersenyum gembira dihati
Merana bagai mahu mati
Berdiri merasa perit mentari
Jiwai angin malam hari
Gaya kusut m'hantui diri
Hati tenang dibuai mimpi

Cinta datang dengan sendiri
Tidak perlu paksa demi kepentingan diri
Akhir nanti membawa mati
Jiwa tidak tenang luka sana sini

Cinta sudah tiba terbuka sang hati
Bawa si dia berjumpa keluarga sendiri
Agar cinta dapat diberkati
Hidup bahagia bersama disisi

Senang cerita tentang cinta
Cinta bagai sang manusia
Wajah hodoh dalam rupawan
Hatinya tersurat bagai sang karyawan

Oh Cinta Manusia
Begitulah Al-Kisahnya

Monday, October 4, 2010

AKU BENCI KAMU

Ini kisah yang selalu berlaku
kau aku dia selalu
bergurau setiap waktu
Makan minum kadang sama suku
berkongsi cerita satu persatu
tidak kira masa kita bersama selalu

Aku benci kamu

Tika mentari pagi setenang angin bayu
tiba-tiba datangnya ribut batu
yang hentam aku satu persatu
Tiba-tiba saja kau regang bersamaku
hey kamu mengapa boleh jadi begitu
mulut boleh bicara sila beritahu

Aku benci kamu

Wahai kamu orang ketiga
mengapa kamu suka m'buat cerita
nak jadi seorang yang p'dusta
Tolong jangan putuskan ikatan mesra
tidak perlu hakim & saksi
jika ada masalah boleh dibicarai

Perkara ini sudah biasa
berlaku diantara manusia-manusia
Ada saja yang tidak senang mata
melihat orang tersenyum ketawa bergembira
Apa yang kamu dapat m'buat cerita
duit, kemenangan, kawan ataupun piala

Hidup berbujang lebih selesa
daripada kehilangan insan istimewa
Golongan ini termasuk kamu jua
kawan-kawan & kaum keluarga
Sama gembira sama ketawa
sakit sedih dapat kongsi rasa tidak kira masa

Aku benci kamu

Penat mencari yang boleh dipercaya
banyak perkara kita lalui bersama
kau tolong aku, aku tolong bersama
Kawan kini ku tahu kau bermuka-muka
belakangku kamu mahu perang
menjadi bidadari didepan kaca mata

Aku benci kamu

Thursday, September 30, 2010

all about you, iZ.

Dear my blog,

aku sedang banyak berfikir kamu saja tempat ku kongsi masalah2 ku sekali dengan luahan hati.. Alhamdulillah kini aku dapat sambung belajar but masalah akan ikut jua..

normal of student problem.. problem with friend, assignment, money, relationship (lecture & friend) and other.. so now i am happy with my family.. what i do is for my family.. i wanna make my family proud.. alot of mistake from my past so hope my future will be better than yesterday insya-Allah..

aku telah niat aku akan focus pada study & tidak akan cari cinta.. biar saja cinta datang sendiri aku x kisah kalo aku bujang sampai akhir sem.. my aim is success.. Ya Allah tolong berikan aku kekuatan dalam diri ini.. hamba mu ini tidak mahu leka dengan segala dugaan & hasutan duniawi..

biar orang kata apa janji diri sendiri selesa, buat apa yang benar jangan ikut yang salah kata orang berpengalaman what u give, u get back.. jika niat baik balasnya baik, jika buruk niatnya maka buruklah akibatnya maybe not now maybe later..

in my mind study, in my heart is family.. ku mengharap niat ku ini kekal terpahat dihati.. aku tidak tahu apa akan berlaku selepas ini.. aku hanya mampu merancang, tapi Allah telah tetap segalanya.. apa yang tertulis kita tidak tahu, sabar dengan dugaan, tabah hadapinya, & redha dengan keputusannya..

baru ku sedar dunia ini bagai pentas teater yang luas, manusia adalah pelakon & flora fauna adalah hiasan teater.. walaupun skrip sudah tertulis tapi pelakon ada juga yang buat kesalahan.. setiap watak berlainan dalam satu jalan cerita sehingga tamatnya riwayat lakonan tersebut..

apa yang penting sekarang & niat aku insya-Allah aku akan berjaya, membuat family aku gembira & selesa dan beriman.. wahai blogku terima kasih kamu sahaja yang dapat aku luahkan isi hati kurang beban & tekanan yang ditanggung..

so cinta2 kemudian kejayaan dikejar2kan.. go iz go~ yang lalu biarkan berlalu jangan dikenang, buat sebagai notis / amaran supaya tidak berulang lagi.. buat yang termampu untuk masa depan demi kamu jua.. kamu ada yang sokong dari belakang.. go beat the best and be the best.. insya-Allah..

remember iz what u do u will get back! this world people will jealous who are the best people will do anything to make u down so iz u must beware of it even your own friend.. iz do anything for your own good & for your own future & for your own family ok.. it all about u iz..

please remember this!!
all about u and family!!
help yourself first!!
success is your aim!!
make yourself and your family proud!!
berdoa!!
tawakal!!
redha!!
sabar!!
tabah!!
must be strong!!
open your mind!!
"ALL ABOUT YOU"

Kita Berdua

hey hey kita berdua
yang sentiasa bersama
selalu bergurau senda
bergelak tawa
tidak berlakon walaupun ada kamera
kau & aku yang bersahaja

dalam tidak ku sedari
kita senang bila disisi
jiwaku tiada rasa bosan
tiada tekanan mahupun rasa jemu
malah kita sentiasa tenang & gembira
adakalanya si dia pengubat duga

masing-masing ada Al-Kisahnya
terima saja apa yang dibicara
kau tidak peduli mahupun ambil hati
kau & aku ada rahsia di hati
berkongsi cerita sesama sendiri
kita sama-sama jaga rahsia hati

jujur padanya & diri sendiri
kejujuran itu adalah menarik diri
segala yang dilakon tidak akan menjadi
kamu tipu aku dapat kesani
harap ingat pesanan ini dihati
bahagia bersama selagi ada kejujuran dihati

kau & aku tiada bezanya
kamu sahaja yang aku percaya
tidak perlu berahsia bersama si dia
perlu kongsi sesama kita
cerita menarik mahupun duga
diri tidak tertekan kerna cerita lama

satu hari satu purnama
kita tidak lekang bersama
setiap masa ada kerjanya
kita berdua perlu bekerjasama
tidak kira perkara remeh atau sukar
tolong-menolong sesama si dia

si dia & si diri
seharusnya memahami diri
bila sakit bawa ke klinik
bila berduka kita penghibur
bila kesusahan perlu pembantu
bila dia berleter dengarlah satu persatu

kita berdua sama sahaja
cuma beza jantina & rupa
ada baik & buruknya
tiada siapa yang begitu sempurna
jika ada kesilapan dimata
maaflah kerna tidak sengaja

sejak dari awal cerita
kau & aku sahaja
setiap yang berlaku dapat diduga
tidak perlu kau buat tidak tahu
kau tahu & memahami perasaan dirimu
aku juga rasa begitu

aku mampu tawakal & berdoa
andai kita jodoh bersama
aku tersenyum tanpa kata
kamu terpaku tapi gembira
kita sesama ada rasa cinta
Alhamdulillah kita bahagia

(^_^)

Monday, September 27, 2010

AKU

aku seorang insan
aku seorang pelajar
aku seorang anak lelaki
aku seorang abang
aku seorang rakan
aku seorang berperasaan

insan yang menjalani kehidupan
kehidupan yang sementara
semuanya hanya pinjaman dari Yang Maha Esa
insan yang bersyukur apa yang ada

pelajar yang mahu kejayaan
yang mahu bawa kebanggaan
dapat meningkatkan kualiti hidupnya
pelajar yang penuh ilmu didada

anak lelaki dalam sebuah keluarga
akan menjadi pengganti ayahanda
bakal menjadi ketua keluarga
yang mahu balas jasa mereka

abang yang baik
abang kepada seorang adik
yang harus menjaga & mendidik
ajar menjadi matang & cerdik

rakan yang terbuka
tidak kira lelaki atau perempuan
niat dihati hanyalah berkawan
bukan nak berlagak mahupun nak berlawan

berperasaan bukan sekadar cinta
jiwa & hati yang sensitif
terasa beban yang ditimpa
kisah lalu menjadi punca sengketa

-iZ-

KALAULAH

kalaulah aku buta
aku tak akan melihat maksiat
kalaulah aku pekak
aku tak akan dengar fitnah & hasutan
kalaulah aku bisu
aku tak akan bohong & bercakap buruk
kalaulah aku tidak dapat jalan
aku tak akan ke arah dusta
kalaulah tiada tangan
aku tak akan panjang tangan

TAPI

RUGI

jika buta
aku tidak dapat melihat ciptaan Allah
jika pekak
aku tidak dapat m'dengar ayat suci Al-Quran
jika bisu
aku akan keseorangan tanpa kata
jika tidak dapat berjalan
aku tidak dapat berhijrah ke seluruh dunia
jika tiada tangan
aku akan menyusahkan orang kedua

syukur kepada Allah
dengan aa yang diberikan
Alhamdulillah
aku cukup sifat
cuma
dugaan & cabaran hidup
leka & lalai
m'buat aku tidak sedar
kesusahan orang yang berbeza
dengan kita
sama-sama
m'jalani kehidupan
walaupun berbeza
masing-masing
ada istimewanya
syukur syukur syukur

ALHAMDULILLAH