aku seorang insan
aku seorang pelajar
aku seorang anak lelaki
aku seorang abang
aku seorang rakan
aku seorang berperasaan
insan yang menjalani kehidupan
kehidupan yang sementara
semuanya hanya pinjaman dari Yang Maha Esa
insan yang bersyukur apa yang ada
pelajar yang mahu kejayaan
yang mahu bawa kebanggaan
dapat meningkatkan kualiti hidupnya
pelajar yang penuh ilmu didada
anak lelaki dalam sebuah keluarga
akan menjadi pengganti ayahanda
bakal menjadi ketua keluarga
yang mahu balas jasa mereka
abang yang baik
abang kepada seorang adik
yang harus menjaga & mendidik
ajar menjadi matang & cerdik
rakan yang terbuka
tidak kira lelaki atau perempuan
niat dihati hanyalah berkawan
bukan nak berlagak mahupun nak berlawan
berperasaan bukan sekadar cinta
jiwa & hati yang sensitif
terasa beban yang ditimpa
kisah lalu menjadi punca sengketa
-iZ-
No comments:
Post a Comment