hey hey kita berdua
yang sentiasa bersama
selalu bergurau senda
bergelak tawa
tidak berlakon walaupun ada kamera
kau & aku yang bersahaja
dalam tidak ku sedari
kita senang bila disisi
jiwaku tiada rasa bosan
tiada tekanan mahupun rasa jemu
malah kita sentiasa tenang & gembira
adakalanya si dia pengubat duga
masing-masing ada Al-Kisahnya
terima saja apa yang dibicara
kau tidak peduli mahupun ambil hati
kau & aku ada rahsia di hati
berkongsi cerita sesama sendiri
kita sama-sama jaga rahsia hati
jujur padanya & diri sendiri
kejujuran itu adalah menarik diri
segala yang dilakon tidak akan menjadi
kamu tipu aku dapat kesani
harap ingat pesanan ini dihati
bahagia bersama selagi ada kejujuran dihati
kau & aku tiada bezanya
kamu sahaja yang aku percaya
tidak perlu berahsia bersama si dia
perlu kongsi sesama kita
cerita menarik mahupun duga
diri tidak tertekan kerna cerita lama
satu hari satu purnama
kita tidak lekang bersama
setiap masa ada kerjanya
kita berdua perlu bekerjasama
tidak kira perkara remeh atau sukar
tolong-menolong sesama si dia
si dia & si diri
seharusnya memahami diri
bila sakit bawa ke klinik
bila berduka kita penghibur
bila kesusahan perlu pembantu
bila dia berleter dengarlah satu persatu
kita berdua sama sahaja
cuma beza jantina & rupa
ada baik & buruknya
tiada siapa yang begitu sempurna
jika ada kesilapan dimata
maaflah kerna tidak sengaja
sejak dari awal cerita
kau & aku sahaja
setiap yang berlaku dapat diduga
tidak perlu kau buat tidak tahu
kau tahu & memahami perasaan dirimu
aku juga rasa begitu
aku mampu tawakal & berdoa
andai kita jodoh bersama
aku tersenyum tanpa kata
kamu terpaku tapi gembira
kita sesama ada rasa cinta
Alhamdulillah kita bahagia
(^_^)
No comments:
Post a Comment