Tuesday, November 30, 2010

KOTAK MUZIK

Duduk seketika
Tidak tahan beban yang ditimpa
Mengawal aliran air mata
Menahan pisau di dada

Lelapkan pandangan
Ku cuba berkhayalan
M'dengar irama
Rentak yang gembira

Kepala mula ke sana ke sini
Tangan & kaki mengikut setiap irama
Mulut tanpa melodi
Kotak muzik merasuk minda

Memikir diri bersama bidadari
Diatas lantai yang berseri
Sesama kita ikut gerak hati
Mengenang kisah yang tidak dilupai

Setelah siulan sayu ditelinga
Minda terasa lega
Lupa segala duga dijendela

Kotak penyelamat segala rahsia
Untuk tabahkan si anak mata
Tidak kecewakan segala selera

Monday, November 29, 2010

Layang-layang

ku tegak berdiri
ku lebarkan tangan di sisi
wahai sang awan ku mohon pertolongan
mahu tenaga untuk bertemu sang awan

kini ku di udara
melihat mereka si sini sana
melihat telatah & gaya semasa
ketawa pada kesesakan yang menyakitkan

ku tinggi di puncak khayalan
bebas berterbangan
tanpa ada keraguan
tanpa ada tekanan
ku jauh dari dugaan
layan sayu angin hembusan

namun semua hanya keinginan
dapat di rasa dalam khayalan
ingin bebas dari tekanan
tubuh ringan minda rasa ketenangan

bagai layang-layang yang terlepas
terbang dengan bebas
hilang rasa tegas
semua tiada terbatas

Sunday, November 14, 2010

Si Mata Bijaksana

Dalam ikatan
Sesuatu hubungan
Terasa keriangan

Bila sunyi
Tiada menemani
Bagai gantung diri

Melihat yg baru
Menusuk kalbu
Otak jadi buntu

Perkara yg lalu jadi pengajaran
Supaya cemerlang masa hadapan
Pilih yg terbaik walau tidak sempurna
Mata yg m'goda, dia si bijaksana
Ini hanya diminda siapakah dia??
Menunggu sahaja bila tibanya si dia

Mata yg cantik, sungguh jelita
Aku telah terpukau, merana..
Wah bijaksana, sungguh tepatnya..
Hati mula tertarik pada dirinya

Mata yg m'goda, dia si bijaksana
Si dia kini tiba siapakah dia??
Wajah berseri gembiranya rasa

Benarkah kamu org yg dimaksudkan itu
Ku bersyukur tersenyum hadapan kamu
Kerna muncul dalam hidupku

Saturday, November 6, 2010

NOTA

Aku bersama si dia
yang sudah kenal sekian lama

Tiada syarat tiada ukuran
bila terikat satu hubungan

Cerita bermula
kita sebut pasal cinta
Dia senyum gembira
tertawa (ha haa)

Kita kerap bersama
Tiada masalah untuk hadapinya
Tangan digari oleh si dia

Celoteh berpanjangan
Aku tidak kebosanan
Melihat gelagatmu wahai gadis pujaan

Berdebar hatiku
Jantung berdebar selalu
Apa sudah jadi pada diriku
yg kian tidak menentu
Inilah tanda bahawa aku
jatuh hati pada dirimu

Andainya
Ini semua 
bukan angin angan sahaja
yg m'buatku ke alam khayalan
Kau bersama dgn si dia
pabila aku dalam kesedaran

Kesedihan mula melanda
akan ku tanam pada sebuah nota
akan selamatnya sebuah rahsia

Saturday, October 23, 2010

SERI

Seperti harian biasa
Aku duduk bersandar
melayari dunia maya
Perut berbekal roti & jem kacang saja
Tengok kawan kawan tengok saya
tersenyum sama-sama macam orang gila

Teman idaman menjelma
tika aku dalam alam maya
Bertanya lokasi aku kini dimana
Biasa la tempat aku rehatkan minda
mengapa???
ada masa jum berjumpa??
ha? ha? ha? err...
Boleh saja hati gembira tersenyum lebar


SERI~

kamu serikan hidup ku
kamu menyerikan senyuman ku
aku tak rugi menunggu kamu
hati ku berseri bersama kamu


Teman lama yg tidak pernah bersua
kini akan bertentang mata
Kami dia kamu dan saya
sama-sama enjoy lepaskan beban dijiwa
sama-sama melalak sama-sama berselera
Menonton cerita pelik endingnya

Bergurau senda ceria dihati
Berkaroke bersama kenangan yg berseri
aku malu-malu kucing parsi
Menyanyi sesuka hati
Masing-masing buat hal sendiri
bersuka ria wajah berseri-seri

SERI~

Kamu serikan hidup ku
Kamu menyerikan senyuman ku
Aku tak rugi menunggu kamu
Hati ku berseri bersama kamu

Permulaan pertemuan tidak terjangka
Permulaan yg menarik 
akhir salam mimpi lena
Setiap detik selalu diminda
macam ada butang rewind
Kenangan yang tidak akan lupa

Adakah aku sudah jatuh cinta
mustahil tapi boleh mencuba
Takut-takut disambar buaya
hati kecewa jiwa merana

Wednesday, October 20, 2010

PENCINTA

cerita tentang cinta
cinta terhadap sesuatu yang berharga
tidak kira dimana aku berada
tidak kira nilai bangsa mahupun usia

keadaan ku pelbagai rupa
sifat ku ibarat sejuta warna
tidak terkira pada suatu masa
aku penting untuk semua warga
tiada pangkat menjadi ukuran
aku terima kamu dengan hati terbuka

aku adalah pen cinta
pen yg penuh dengan jasa
dari kecil sehingga berjaya
tak tertinggal walaupun seketika
ku kenal kau sewaktu ilmu bermula
sehingga berpangkat tinggi kamu didada

rupa paras biasa
kegunaan yang sangat berharga
khas untuk yang berkerjaya
penting untuk sang karya

para muzik para penulis
para usahawan para puitis
walaupun aku diguna untuk menulis
ayat formal mahupun ayat romantis

walaupun zaman makin berubah
berteknologi sini mahupun disana
asal usul ku tetap tidak berubah
kehadiranku seperti tidak dilupa


keadaan ku pelbagai rupa
sifat ku ibarat sejuta warna
tidak terkira pada suatu masa
aku penting untuk semua warga
tiada pangkat menjadi ukuran
aku terima kamu dengan hati terbuka

aku adalah pen cinta
pen yg penuh dengan jasa
dari kecil sehingga berjaya
tak tertinggal walaupun seketika
ku kenal kau sewaktu ilmu bermula
sehingga berpangkat tinggi kamu didada

walaupun sekecil nama
aku berada dikedai kecil mahupun pasaraya
pelbagai jenama dan warna
diri ku sehebat dunia

tanpamu susah bekerjaya
aku cinta kamu tidak kira masa
tanpa mu ku resah gelisah
aku akan cari walaupun parah

oh pen ku perlu kau sentiasa
untuk memenuhi ilmu didada
kau sangat berjasa
kepada aku kau dia mereka dan semua

kami pencinta~

Monday, October 18, 2010

Depan Cerita Belakang

mari ke mari saudari saudara
mari kita duduk satu meja
kita minum-minum sambil dengar cerita
cerita biasa tentang sang manusia


biasa la masalah tidak pernah putus
masalah dgn rakan, kerjaya, & fulus
zaman sekarang ramai boleh jadi artis
hidupnya penuh dengan aksi dramatis


aku bukan perli atau buat kalian ketawa
ini cerita benar antara mereka-mereka
depan baik belakang lain jadinya
antara kau aku dia dia bermuka-muka
hidup bagai sebuah roda
yang setia berputar pada tiap masa


depan sama-sama ketawa
gembira bersuka ria
bila cerita pasal teman istimewa
dia balik rumah duk cemburu buta
mula mengata bagai racun berbisa
nak jatuhkan maruah kawan sehati sejiwa


ha yang ini lain pula ceritanya
depan-depan pura-pura tidak suka
aku cinta kau tapi aku sedang bencinta
maaf bukan niat hendak kau berduga
demi kebaikan aku kau & mereka
sama-sama berduga sama-sama kecewa



mari ke mari saudari saudara
mari kita duduk satu meja
kita minum-minum sambil dengar cerita
cerita biasa tentang sang manusia

biasa la masalah tidak pernah putus
masalah dgn rakan, kerjaya, & fulus
zaman sekarang ramai teman boleh m'jadi artis
hidupnya penuh dengan aksi dramatis

hey kamu aku mahu tandatangan
sebab kamu menang banyak pertandingan
kamu memang hebat dalam bidang lakonan
tapi aku ada beberapa persoalan
bagaimana kau mahu hadapi setiap halangan
tanpa kawan-kawan teman-teman

depan kau nampak megah
belakang cerita kau sangat lemah
mencari aku dia mereka pabila kesusahan
sudah m'dapat piala kemewahan
kau pergi tanpa belas kasihan
kau tunggu saja dengan balasan Tuhan

depan cerita belakang
jangan hidup macam kumbang
mencari madu lalu terbang melayang
bunga yang mekar sudah hilang kemanisan

ambillah kisah ini sebagai pengajaran
belajar dari kesilapan
wahai teman-teman
jangan conteng arang pada rakan-rakan

terima kasih sudi teman
walaupun kita sama-sama sering bergelak sakan
ingat jua pada mereka yang dalam kesusahan
bantu mereka dengan ikhlas tanpa sedikit balasan