Saturday, September 25, 2010

SABAR

tertanya ku dimuka bumi ini
banyak soalan berbanding jawapan
waktu malap ku bersendiri
nanti datangnya sakti

hidup penuh dengan dugaan
banyak dinding & halangan
banyak suara yang tidak menyenangkan
tubuh penuh dengan ketabahan
untuk terima segala bebanan
yang menguji keimanan

wahai sayang
engkau tidak keseorangan
jangan risau semua hasutan
kuatkan iman ingatlah pada Tuhan

ibadah pengubat diri
sewaktu kita dalam tekanan duniawi
berdoa agar diberi
kekuatan dalam diri ini


hidup penuh dengan dugaan
banyak dinding & halangan
banyak suara yang tidak menyenangkan
tubuh penuh dengan ketabahan
untuk terima segala bebanan
yang menguji keimanan

memang benar ada tahapnya
engkau & aku sama sahaja
tidak kira lelaki atau wanita
tidak kira bangsa atau usia
semua dalam satu agama
bersabarlah dengan kesemuanya

tipu, fitnah & dendam
ini semua tidak perlu dipendam
jaga kebatasan yang ternyata
perlu tahu hukum halal & haram


tujuan hidup manusia
menguji ketakwaan & keimanan
semua bicara sama sahaja
yang penting adalah kesabaran

sabar dan sabar~

Tidak Sangka

Tidak sangka
Situasi sudah berlaku
Ketahuan yg terdiam
Air mata berkumpul

Tika dalam mimpi
Ia sudah berpeluh
Tika menjamu selera
Ia perlu tenaga
Tika kongsi masalah
Ia dengar
Tika sakit
Ia kerisauan
Tika berjauhan
Ia rindu

TAPI

Bila ia mimpi
Kita seronok
Bila ia makan
Kita tumpang
Bila ia bermasalah
Kita tidak tahu
Bila ia sakit
Kita membisu
Bila berjauhan
Kita bebas

Mereka rela susahkan diri kerana cahaya mata
Kita yg sudah bercahaya tidak memberi kilauan pada mereka
Mereka korban apa sahaja janji kita bahagia
Kita korbankan mereka kerana mahu kebahagiaan sendiri
Air mata kita mereka dapat tangkap
Air mata mereka mengalir diam seribu bahasa
Kekecewaan kita dapat diriangkan
Tapi kekecewaan mereka bagai mereka jatuh dari lelangit
Hidup kita dianggap sebagai Raja & Permaisuri
Kita Raja & Permaisuri melihat hadapan tiada belakang

Mereka terlampau istimewa
Mereka selalu disisi kita
Mereka tiada kami tiada
Mereka pesan, ajar & latih kami semua
Merekalah ibubapa

IBU & BAPA

*ibu & ayah terima kasih atas segala2nya

~iZ~
:'(

Friday, September 24, 2010

Demam

mata sepit
telinga tersumbat
badan layu
semangat hilang
selera melayang
minda kosong

ubat dipandang
assignment terbayang
tilam menghasut
bantal mengoda

sabar didada
tabah dengan dugaan
lawan kesakitan
makan ubatan
relaxkan minda
ahhhhh~

Wednesday, September 22, 2010

Al-Kisah Si Boneka

Al-Kisah Si Boneka
Melakar senyuman untuk semua
Mata melihat semua gembira
Dengan aksi diriku si boneka

Diriku tmpt kamu tersenyum
Diriku hanya untuk kamu terhibur
Diriku tmpt luahan hati mu
Diriku hanyalah kayu

Hidup ini buat dirimu
Biarpun ku tidak bernyawa
Hidup penuh dengan bermuka-muka
Diriku penuh sengketa

Diriku dikawal oleh jari-jari mu
Diriku tersenyum kerana lakaran mu
Diriku indah kerana hasil seni darimu
Diriku segalanya hanya dari dirimu

Diriku si boneka
Menunggu kesaktian tiba
Ku hanya menunggu masanya
Bebas bagai diri hilang nyawa

Hidupku menjadi hiasan alam nyata
Ku hanya berdiam didalam hiasan kaca
Yang tidak bisa berlari ke mana
Lakaran diwajah menjadi cerita

RINDU

waktu makin berlalu
mulut membisu
minda terbayang
bayang-bayang muka
muka insan yang bernama
KELUARGA
SAHABAT
TEMAN
SAUDARA
ia terjadi
kerna rindu
rindu datang dalam diam
tanpa keizinan
tanpa rasa
ia datang
mata tersentuh
hati menangis
andai mereka air
aku span meresap mereka
tidak ku lepaskan mereka
tapi tidak akan berlaku
tidak akan
wahai mereka yang istimewa
aku amat merindui dirimu
kenangan menjadi mimpi
sejarah menjadi ubat ingatan
doaku
mahu anda
menjelma hadapanku
aku mahu peluk
peluk erat
sehingga
datangnya
SAYANG
LOVE U
ungkapan istimewa
untuk mereka
yg pernah bersama
dengan
saya

Mata Melihat Hati Berkata

mata melihat
hati berkata
dinilai
berbicara

bukan untuk seseorang
tapi untuk semua
kisah kamu
kisah saya

cerita tentang duniawi
kini & lalu
kisah cinta
mahupun rindu

jangan marah
jangan tersentuh
dibaca dinilai
berdiam lalu berubah

ini hanya kata kosong
tiada isi tersurat
tujuan mengisi masa kosong
yang tertulis dari luahan hati

hati mahu berkata
tapi tiada yang istimewa
disini ramai mata-mata
asalkan tidak bersua dengan muka

kamu IBU~

kamu selalu dihatiku
kamulah tmpt ku berbicara
berbicara tentang dunia
bicara tentang cinta

oh kamu saja dihati
dari ketika dahulu hingga kini
kini di mana ku pergi
kamu saja yang diingati

oh ibu dikaulah segalanya
tmptku bersenyum tmptku bergembira
jika anda tiada bagai jasad hilang nyawa
oh ibu aku sayang kamu

oh ibu~

kamu la permaisuri dihati
tidak kira bangsa atau usia
kami semua sebagai anakmu
sangat-sangat menyintai dirimu

setiap perjalanan hidupku
tujuannya hanya untuk kita
untuk ibu berasa bangga
hati puas tiada sepatah kata

ibu ku sayang jangan bersedih
aku jua akan menangis
ibu ku tabah dengan dugaan mu
aku anak mu akan membantu mu


oh ibu dikau lah segalanya
tmptku bersenyum tmptku bergembira
jika anda tiada bagai jasad hilang nyawa
oh ibu aku sayang kamu

oh ibu~

kamu la permaisuri dihati
tidak kira bangsa atau usia
kami semua sebagai anakmu
sangat-sangat menyintai dirimu

kini aku dewasa
walaupun kami sudah bergelar suami/isteri
itu semua hanya gelaran
tapi ibuku setiasa dihati

ibu jangan berahsia
kerana anak mu dapat merasa
cubit peha kanan peha kiri terasa jua
sama-sama merasa kerana kau bonda

bonda, mummy, emak, mama, ibu, umi
macam gelaran diberi
tapi dalam doa ku selit nama mu
agar diampunkan dosa sejahtera hidup

oh ibu~
aku sayangi dirimu
dari setitis darah hingga kini
tiada apa yang boleh mengganti dirimu


"ibu abg rindu ibu"
"abang selalu fikir pasal ibu"
"walaupun jauh ibu selalu dihati"
-iZ a.k.a Aizuddin Adnan-