Sunday, September 19, 2010

Adakah?

oo Adakah~

Adakah anda merindui mereka?
mereka si kekasih hati
si kekasih adalah keluarga
manakala yang dibenci selalu diingati?

Adakah doa dikabulkan?
doa untuk mereka
mereka sudah tiada
mereka yang sedang luka mahupun gembira

Merindui kerana sayang
Berdoa kerana terkenang

Merindui biar pada yang istimewa
Berdoa mesti ikhlas kepada Yang Maha Esa

Mereka rindu kamu?
Mereka berdoa untuk kamu?

Itu rahsia diri sendiri
Yang tahu Si Maha Mengetahui

Kawan saudara keluarga
Selalu dirindui & didoakan
Tidak kira hidup & mati
Yang penting adalah keikhlasan

(^_^)

D.O.A

Masa sedang berlalu
bagai angin di udara
Zaman kini sudah maju
salam awal mula berbicara

Duniawi kini berpesat
zaman skrg bermacam penyakit
Masalah kerjaya m'buat anda pening lalat
mata, badan serta otak menjadi penat

Dengan kerja yg berjaya
m'buat kita selalu terleka
Mereka-mereka yang utama
tidak kira sahabat kekasih mahupun keluarga

Ku hanya mampu berdoa
doa saja dapat m'bantu
Tidak kira susah, senang, dekat & jauh
doa juga dibaca selalu

Doa untuk insan & keluarga
Doa untuk kesihatan kita
Doa untuk kerjaya jua

Yang dipinta rezeki & panjang umur
Yang tidak diingin hanyalah uzur
Yang diharapkan masalah bisa di atur

Doa untuk mereka yang sudah tiada
Doa untuk mereka yang susah
Doa untuk bumi yang tercinta

Yang telah pergi didoakan Al-Fatihah
Yang kesusahan agar selalu sabar & tabah
Yang diharapkan bumi tidak dijajah

-iZ-
Salam~

Wednesday, September 15, 2010

Gadis Tadika

Separuh hatiku
telah membisik jiwaku
Bahawa daku amat merindui dirimu
jasad mu jauh namun namamu dihatiku


Oo rupamu yang biasa
tapi itu semua dalam ingatan
Tidak bisa daku terlupa
yang berlalu menjadi kenangan

Oo Gadis Tadika~


Wahai kamu
pada suatu ketika dahulu
Kamu teman seperjuangan ku
tapi kini ku tidak tahu


Apa yang bermain diminda
adakah rindu tandanya cinta
Kita teman atau sebagainya
banyak soalan dari jawapannya

Bermain belajar & bergurau senda
apa pun jua selalu bersama
Dikau dan aku sama sahaja
ketika itu semuanya senyum bergembira


Masa berlalu bagai sang udara
umur makin bertambah
Adakah kau m'pnuyai rasa yg sama
Tuhan tolonglah ku perlu tabah

Oo Gadis Tadika~



Wahai kamu
pada ketika dulu
Kamu teman seperjuangan ku
tapi kini ku tidak tahu

Apa yang bermain diminda
adakah rindu tandanya cinta
Kita teman atau sebagainya
banyak soalan dari jawapannya

Ku berdoa agar berpanjangan
kita dalam perhubungan

Ku mengharap akan bersua
tidak kira tempat & masa

Ku berjanji tidak akan lupa
wahai sayangku gadis tadika

Sunday, September 12, 2010

Ramadhan Aidilfitri

Ha~ ni kisah kami semua
pabila detik ramadhan tiba
menahan dugaan lapaq & dahaga
xmo dosa mau pahala
semua setan da xda
tapi yg ada hanya manusia


sebulan ramadhan sudah tiba
kita semua mengejar pahala
kuat iman sabar di dada
dengan cabaran dugaan dunia


ini mahu bicara tentang manusia
tahan lapar & dahaga
masing2 bagai nak gila
bangun sahur bagai guni beras atas mata
tapi nk kenduri bila nak berbuka
macam-macam selera


duniawi kini pelik sekali
tiada hasutan tapi masih terjadi
nak cerita nanti ada yang terasa nanti
biasala sapa mkn cili terasa la berapi
sapa yang x puasa memang rugi
tak kisah kamu yang tanggung nanti


sudah berakhir bulan ramadhan
penat bersabar dengan dugaan
Alhamdulillah kita semua bersyukuran
1 Syawal tiba dengan keriangan


hey sudah tiba Aidilfitri
gembira terpancar riang dihati
orang desa tak sabar menanti
orang kota sudah mula cuti
tersusun kata tersusun jari
bersalaman ditangan kemaafan dihati


Aidilfitri hari yang mulia
bulan yang diterangi cahaya
dihalaman dipenuhi anak-anak pelita
dijalanan dipenuhi cahaya neo kereta
terasa meriah suasana hari raya
terlakar senyuman dimuka-muka


sudah berakhir bulan ramadhan
penat bersabar dengan dugaan
Alhamdulillah kita semua bersyukuran
1 Syawal tiba dengan keriangan


kanak-kanak sangat kegembira
mana tidaknya suasana hari raya
kuih, duit, baju, balik raya
ibu, ayah, atok, nenek, kawan, & saudara
sebulan diraikan bersama
tidak lupa pada yang sudah tiada


doa dibaca bunga dihiasi
ziarah tanda mengingati
pada mereka yang sudah pergi
sudah tamat waktu bercuti
tiba masa untuk kembali
tahun depan insya-Allah raya lagi


wahai anak yang disayangi
duit raya jangan dijoli
simpan untuk masa depan nanti
saya ingin mengundur diri
mohon kemaafan ikhlas dimaafi
segala salah janganlah simpan terkunci dihati

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
SEGALA BURUK KU POHON KEAMPUNAN
SEGALA KEBAIKAN JADI PENGAJARAN

Sekian~


Assalamualaikum
-iZ-

Friday, September 3, 2010

3/9/10

pada tarikh ini~
03/09/10
kami berbuke beramai2
kecuali Dud n Bro
mereka sudah order mknn lu
so nk wat cmne
tapi kami tetap tgglkn sedikit utk mereka
aku suke tgk mereka mkn ramai2
masing2 tersenyum
aku tumpang gembira
walaupon tgh sedih
disebabkan something
it okey~
so everyone enjoy
semua berselera berbuke ramai2
Alhamdulillah~

Wednesday, September 1, 2010

Air Mata Kehilangan

aku menangis
kerna kehilangan sesuatu
sesuatu yg begitu berrharga
sangat2 bernilai

Ya Allah
patut la awal subuh 2 Sept
aku tidak dapat bgn sahur dgn sendiri
ada yg tidak kena

rakanku telah kejutku
tertanya2 dimanakah?
mane mane mane mane
ttttiiiidddddaaaakkkkkkkk

it gone!!
but where?
when?
how?

aku pon xtau la jawapannye
pergh~

Sony Ericsson W810i
aku pon hilang gitu
ni lg stu hp hilang dgn care yg same??

pergh~
pergh~
pergh~

today i'm really really really
MAD
SAD
NOT IN THE SMILE MOOD

Wanita

Hey Wanita
mengapa kamu sentiasa menjadi isu semasa
bukan sebab aku nk cemburu buta
hanya kehairanan di minda


wanita~
dikau lah teristimewa
dikau lah m'jadi tumpuan mata-mata
cantik sensitif comel dan manja
ha itu lah kamu wahai wanita


ada baik buruk cerita
aku ada telinga & hanya m'dgr
aku xkisah apa yg di cerita
aku dia mereka hanya mampu m'dgr

si pria menjadi mangsa cerita
si wanita menjadi mangsa keadaan jua
hey ini lah manusia
suka atau tidak terima la sahaja

wanita~
dikau lah kaum hawa
dikau lah m'jadi tumpuan si pria
sabar sopan dan jadi diri sendiri
ha itu lah kamu wahai pujaan hati

masing2 ada masalah sendiri
ada masalah dunia dan juga peribadi
nak kongsi cerita boleh saja
tapi bolehkah anda percaya?

bicara jangan main suka-suka
hati-hati dengan muka-muka maya
isi di hati mereka tiada siapa dapat memahami
jadi berhati dengan duniawi kini


wanita~
dikau lah teristimewa
dikau lah m'jadi tumpuan mata-mata
cantik sensitif comel dan manja
ha itu lah kamu wahai wanita

wahai wanita di dunia
berwaspada pada mereka
tidak kira lelaki mahupun wanita
kepercayaan bagai angin diudara

jika kamu mahu bercerita boleh saja
masalah boleh selesai dengan mudahnya
tapi selesai dengan cara yang benar
kini anda boleh berehat bersandar

-iZ-
wah adakah ini lirik isi hatiku?
hahaha....

layan~