Sedarku oleh terbitnya mentari
Hilangnya segala mimpi-mimpi
Termenung aku beribu kaki
Syukur diriku mampu lagi
berpeluang untuk m'harungi
arus semasa duniawi
Dirimu muncul dalam sunyi
tanpa terasa dikau m'hampiri
tenangnya jiwaku ini
Ceriakan hidupku sesaat berseri
belaikan lukaku dengan damai
Doa ikhlas tiap sujudku terhadap dirimu
dirimu yang satu
Arus deras tanpa diduga
Bersedia melaluinya dengan redha
dengan usaha dan cita-cita
Oleh kerana cinta
Cinta yang bermakna
Cinta yang utama
Tanpanya tiada makna
Dibawa arus dunia