Wednesday, October 19, 2011

ARUS

Sedarku oleh terbitnya mentari
Hilangnya segala mimpi-mimpi
Termenung aku beribu kaki

Syukur diriku mampu lagi
berpeluang untuk m'harungi 
arus semasa duniawi

Dirimu muncul dalam sunyi
tanpa terasa dikau m'hampiri
tenangnya jiwaku ini

Ceriakan hidupku sesaat berseri
belaikan lukaku dengan damai
Doa ikhlas tiap sujudku terhadap dirimu
dirimu yang satu

Arus deras tanpa diduga
Bersedia melaluinya dengan redha
dengan usaha dan cita-cita
Oleh kerana cinta

Cinta yang bermakna
Cinta yang utama
Tanpanya tiada makna
Dibawa arus dunia

Sunday, May 22, 2011

Ha Hi Hu

Bermula cerita
Episod cinta
Antara aku dan dia

Langkah bermula
dari pintu istana
Aku keluar untuk bersamanya

Berjalan bergelak tawa
M'hilangkan rasa duka
Menyakitkan dijiwa

Haha hihi huhu
Tak jemu
bersamamu

Biarpun apa yang terjadi
Biarpun apa yang dengki
Biarpun apa yang diduga
Jangan terjadi hati kedua
kau aku tetap setia

Biarpun masa berlalu
Biarpun mereka m'ganggu
Biarpun bencana bertemu
Selagi hayat bersatu aku 
tetap m'yayangi dirimu

M'jamu selera bersama
Melihat telatah yang dirahsia
Oh lucunya

Haha hihi huhu
Tertawa hingga hujung waktu

Pabila tibanya waktu
Terlenaku dengan gelagat yang merdu

Hari bersama dengan dirimu
menambah rasa cintaku
Terhadap dirimu
Oh cintaku

Wednesday, January 26, 2011

DUGAAN

Puas sudah aku hadapi
Sekian lama tidak berseri
Melalui kehidupan yg penuh duri
Menahan titisan air mata
daripada mengalir di pipi

Namamu ku seru
Perasaan menjadi batu
Segala tubuh mula kaku
Terbukanya hatimu

Aku cuba beri apa yg termampu
Aku cerminkan setiap penjuru
Tiada tandingan dgn bondamu
Dengan kesabaran untuk memilikimu

Biar kata-kata dari mereka
Lafazku ikhlas dari niat mereka
Aku dan kamu memang tidak sempurna
ada saja salah silap pasti menjelma
Pertemuan dan perbincangan pasti reda

Walaupun tubuh tidak penuh dgn isi-isi
Selain kamu ada niat tersendiri
Bantuan ilmu pasti kita kekal abadi
Segala masalah dapat diselesai

Dugaan tiada manisnya
Walau kecil pasti ada lukanya
Ada kejujuran dan ada keikhlasan
Segala yg rumit mampu dilancarkan

Dugaan perlu berwaspada
Walaupun tiada musuh alam nyata
Perasaan pedas dapat merasa
Jangan kita berperasaan dgn takdir
syukurku kepada Yang Maha Esa

Saturday, January 22, 2011

BEZANYA KAMU

Masa yg sekian lalu
Menanti hari-hari yg ditentu
Bila tiba masanya itu
Ku cuba untuk bersatu


Biar masa dipersoalkan
Biar halangan menjadi dugaan
Akan terima sepenuh hati
Hatiku untuk si pujaan


Bezanya kamu dgn kaca
Bezanya kamu dgn nila
Bezanya kamu dgn mereka
Bezanya kamu wahai hawa


Ku buta nama mu
Ku buta taraf hidupmu
Ku buta keluargamu
Ku buta perasaanmu


Namun ku tidak buta diri sendiri
Ku tahu apa yang dinanti
Ku tahu apa yang diingin
Rasa sayang cinta seikhlas hati


Baru ku faham nilai sejati
Dapat ku rasa keseronokan hati
Hilangnya rasa kesunyian diri
Mampu pancarkan senyuman hati


Bezanya kamu dgn kaca
Bezanya kamu dgn nila
Bezanya kamu dgn mereka
Bezanya kamu wahai hawa


Ilmu harus seiringi
Lakonan dapat dikesani
Halangan & dugaan yang diberi
Bergading bahu sama-sama harungi


Dgn berkat doa
Dgn kesabaran dijiwa
Yakin dgn diri kita
Kepercayaan akan bercahaya



A ❤ S