Tuesday, November 30, 2010

KOTAK MUZIK

Duduk seketika
Tidak tahan beban yang ditimpa
Mengawal aliran air mata
Menahan pisau di dada

Lelapkan pandangan
Ku cuba berkhayalan
M'dengar irama
Rentak yang gembira

Kepala mula ke sana ke sini
Tangan & kaki mengikut setiap irama
Mulut tanpa melodi
Kotak muzik merasuk minda

Memikir diri bersama bidadari
Diatas lantai yang berseri
Sesama kita ikut gerak hati
Mengenang kisah yang tidak dilupai

Setelah siulan sayu ditelinga
Minda terasa lega
Lupa segala duga dijendela

Kotak penyelamat segala rahsia
Untuk tabahkan si anak mata
Tidak kecewakan segala selera

Monday, November 29, 2010

Layang-layang

ku tegak berdiri
ku lebarkan tangan di sisi
wahai sang awan ku mohon pertolongan
mahu tenaga untuk bertemu sang awan

kini ku di udara
melihat mereka si sini sana
melihat telatah & gaya semasa
ketawa pada kesesakan yang menyakitkan

ku tinggi di puncak khayalan
bebas berterbangan
tanpa ada keraguan
tanpa ada tekanan
ku jauh dari dugaan
layan sayu angin hembusan

namun semua hanya keinginan
dapat di rasa dalam khayalan
ingin bebas dari tekanan
tubuh ringan minda rasa ketenangan

bagai layang-layang yang terlepas
terbang dengan bebas
hilang rasa tegas
semua tiada terbatas

Sunday, November 14, 2010

Si Mata Bijaksana

Dalam ikatan
Sesuatu hubungan
Terasa keriangan

Bila sunyi
Tiada menemani
Bagai gantung diri

Melihat yg baru
Menusuk kalbu
Otak jadi buntu

Perkara yg lalu jadi pengajaran
Supaya cemerlang masa hadapan
Pilih yg terbaik walau tidak sempurna
Mata yg m'goda, dia si bijaksana
Ini hanya diminda siapakah dia??
Menunggu sahaja bila tibanya si dia

Mata yg cantik, sungguh jelita
Aku telah terpukau, merana..
Wah bijaksana, sungguh tepatnya..
Hati mula tertarik pada dirinya

Mata yg m'goda, dia si bijaksana
Si dia kini tiba siapakah dia??
Wajah berseri gembiranya rasa

Benarkah kamu org yg dimaksudkan itu
Ku bersyukur tersenyum hadapan kamu
Kerna muncul dalam hidupku

Saturday, November 6, 2010

NOTA

Aku bersama si dia
yang sudah kenal sekian lama

Tiada syarat tiada ukuran
bila terikat satu hubungan

Cerita bermula
kita sebut pasal cinta
Dia senyum gembira
tertawa (ha haa)

Kita kerap bersama
Tiada masalah untuk hadapinya
Tangan digari oleh si dia

Celoteh berpanjangan
Aku tidak kebosanan
Melihat gelagatmu wahai gadis pujaan

Berdebar hatiku
Jantung berdebar selalu
Apa sudah jadi pada diriku
yg kian tidak menentu
Inilah tanda bahawa aku
jatuh hati pada dirimu

Andainya
Ini semua 
bukan angin angan sahaja
yg m'buatku ke alam khayalan
Kau bersama dgn si dia
pabila aku dalam kesedaran

Kesedihan mula melanda
akan ku tanam pada sebuah nota
akan selamatnya sebuah rahsia